Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers


Monday, February 21, 2011
Habuk seinci tebal..

I love reading other people story but very lazy to write my own.

But today I will try to update it a little bit, khas utk Mawar sbb bertanye heh.

Last night we went for a pizza dinner. Promised Fatin for a pizza after she agree to take her bath (sebenarnye mama pon nak mkn pizza jugak).

Since both of us never tasted the YellowCab pizza, so we decided to try it out last night. Bersiap2 la anak beranak, ayah pakai baju kuning, mama pon baju kuning, fatin pon baju Dora kuning sedondon ber3.

Sampai kedai before 9.00pm. Placed an order, and as stated in the receipt, payment was made at 8.59pm. Tak ramai pon kat kedai dia, a family of 5, satu geng sitting outside at the smoking area, 2 ladies waiting for their take-a-way, so we thought kejap je la dah boleh dpt pizza n mkn. perut dah lapar ni. tapi aduhai, 30 minit baru dpt pizza nye, and we ordered pizza je. Budak delivery dah siap hantar 3 big boxes and came back, kitorang still tak dpt pizza T_T.

Sib baik la when we get ours, sedap jugak la, byk cheese and kurang rasa tomato. Maybe next time when i want to order dominos, should ask for no sauce just cheese :P

And also next time nak order YellowCab ni, order yg besar terus, berbaloi tunggu lama2.


Posted at 11:21 am by rina
2 commentos already!!  




Tuesday, June 01, 2010
Of rolling off

Finally aku di roll off jugak dr project yg aku join since July last year.
Dari aku sorang kat KL office ni + sorang TeamLead kat UK, add lg sorang kat KL, org tu roll off, masuk lg 4 org, 3 roll off, masuk 3 org, 2 roll off, 1 roll off, 1 roll off (by this time tinggal aku sorang2 balik mcm early July), then sorang ex-teammate join balik project..akhirnye baru la aku berjaya keluar di sini.

Next project start on Tuesday 8th June. still 12-8 (or issit 11-8 tak sure).

Minggu ni keja 3 days saje..yahoo. Khamis akan bertolak ke pantai timur sampai ari Isnin. Wedding + cuti2 malaysia.

Skang ni tgh melangok takde keja. dah nama pon benching. nak tgk House tp mcm melampau plak kan kat office :P

Posted at 05:12 pm by rina
1 commentos already!!  




Friday, April 23, 2010
Bukit Tinggi trip

Bukittinggi, Indonesia ye, bukan Pahang

Dgn tiket free AirAsia tahun lepas (seat je free, lain2 kena byr), dpt la aku sefamily + mak ayah + along + acu + bf acu + mak andam aku pegi menjejak kaki ke sana.

Flight pagi, bergegas2 la kitorang ke LCCT. Touch down kat Minangkabau airport dlm 8.30 waktu sana (9.30 Msia). Day 1 just traveling + singgah tgk2 kedai baju on the way naik ke Bukittinggi (kedai2 at Pandai Sikek). Singgah kejap kat Padang Panjang, pegi Pusat Dokumentasi Kebudayaan Minangkabau. Kat sini kitorang diberi penerangan pasal kaum minang and adat2 berkaitan. Syok dgr akak tu berckp, mmg pure minang + rumah gadang tu bes gile, sejuk. Kalau nak pakai2 baju minang pon bole, byr sewa la, tak ingat bape, but its cheap.

Kitorang tido kat Ambun Suri hotel. 1 star je but more than enough. Katil n bilik selesa dan bersih. tilam empuk stended hotel, ada hot shower. takde aircond. tak perlu pon sbb dah cukup sejuk kat sana. Dpt rate rp250k p/nite kalau book sendiri, tp kalau guna tour agency dpt rp200k. Malam dinner di restoren nasi padang Simpang Raya depan Jam Gadang. JGN MKN KAT SITU..lauk2 dia masinnnn. But according to budak kat tour agency yg aku amik tu, dia kata yg cawangan situ (depan jam gadang) mmg tak bape sedap. Kalau branch lain still ok.

Day 2, aktiviti shopping. Sampai abis la duit mak andam aku on that day itself. Pasar Atas tak sebesar Tanah Abang kat Jakarta. Just nice utk pusing2 carik baju sulam, telekung etc. Lunch mkn Bakso & mie pangsit. selambe badak je masuk kedai kecik. time tu mmg berdoa je yg tak sakit perut.

Day 3, kitorang amik tour minangkabau rp550k utk 1 van kia pregio (8pax). tour ni bawak pusing2 area pagaruyung, tgk pemandangan kampung n sawah padi yg berlatar belakang gunung berapi, tgk istana besar dia (belum siap dibaiki lg masa ni, terbakar 2 years back). Pastu singgah mkn kat Pondok Flora (byr sendiri). mmg nice la, nasi padang jugak but lauk fresh. Makan kat tgh sawah, bawah restoren ada kolam ikan yg byk gile ikan. lauk pauk tak abis, diorang campak je kat kolam ikan tu. dgn kulit2 pisang sekali ikan2 tu telan. sgt recommended kalau ada sesape nak pegi sini, pakej mkn rp27.5k sorang, ala baru rm10. Lepas mkn leh main ngan arnab n monyet :P
Sempat gak singgah kat few kedai baju on the way back ke Bukittinggi, singgah ke Pandai Sikek (again) and sulaman Hajah Rosmah. kat sini la baru nampak mcm mana susahnye nak buat baju2 sulam. Dpt la pau azhar one set baju n tudung sulam ayak.

Day 4, shopping final round. sbb esok pagi2 subuh dah nak balik. Jadi mmg shopping sakan ler masing2. dpt la aku rembat lg beberape helai baju kurung embroidery, ada sulam bayang la, sulam kepala peninti la, ini kes melepas geram sbb masa pegi jakarta dlu tak dpt beli ape2 utk diri sendiri :P

Day 5, sebelum subuh dah naik bas utk turun dr Bukittinggi ke Padang. nama pon flight awal pagi, biasa la slogan AirAsia, everyone can fly, but at our selected time. sesuka hati dia je kensel flight kita.
Tp tak kisah ler, asalkan selamat pegi selamat sampai. Alhamdulillah, settle satu lg trip jln2 budget ke indonesia :)

For pictures, bole tgk kat FB Azhar



Posted at 03:50 pm by rina
4 commentos already!!  




Wednesday, April 07, 2010
terkopak purse..

dek kerana gatal pegi Metrojaya warehouse sale.

sanggup tu masuk keja lambat (dgn kebenaran TL ler).

rembat bedsheet sbb murah (pastu dpt bantal sebijik). spare2 utk hadiah kawin. so sape2 yg dpt hadiah kawin bedsheet dr aku tu, heheh..

yg ni aku punye, balik terus pakai...huhu bes sungguh

rembat dress utk Fatin. utk pakai kenduri2 kawin nanti. kasut pon dpt sepasang. 10 hinggit saje bubblegummers..walaupon size 7 (7 budak2)..ku belasah saje.


Dress rm30/rm35

 
 baju tido, baju siang


Kasut lagi

duit duit..mana tak abis..

Posted at 07:34 pm by rina
2 commentos already!!  




Friday, April 02, 2010
Duit byk tak semestinye bijak

Aku selalu ada masalah bile nak tulis title posting..

Hari ni Good Friday, org UK cuti so boleh masuk normal hour (9-5.30pm).
tp normal la sgt, sampai ofis still pukul 11pg (eh awal la tu :P still pagi).
This few weeks workload sgt kurang. Testing phase, so keja dtg sikit2. This week boleh kata takde keja langsung.

So semlm chow kul 8mlm, fetch Azhar kat rumah n pegi amik Fatin.
Decided to bring her to Petronas hyperstation. First stop pegi MaxValue. Bagi Fatin main trolley with car tu. Pusing2 beli barang sket. Minah ni takat car mcm ni berani la, kalau car/train yg letak duit tu, nanti bile dah start gerak, dia nangis nak turun. Tp bile tolak dia guna trolley ni, kita takleh nak stop tgk barang plak. dia akan jerit2 suruh gerak. Mcm2 peel la.

Pastu kuar je dr situ, nampak seekor Jaguar ni (keta jaguar la)..tgh sibuk nak side parking depan kedai. Ini la yg aku selalu ckp, keta je mahal, otak tak reti pakai. Keta dia tu dah la panjanggg..panjang okeh walaupon sedan. Dah tau keta panjang, nak gak menyempit parking kat space yg mmg sah tak muat utk keta jenis tu. Space yg ada muat2 utk keta sedan biasa je. Keta ko tu luar biasa panjangnye.. dah la bersusah payah fwd reverse fwd reverse nak kuarkan balik keta yg dah separuh masuk parking. dr tadi taknak ukur tgk muat ke tak, dah masuk baru terhegeh2 nak kuar, sampai terlanggar2 bumper depan Swift (kereta belakang dia). Aku berdiri je tgk sebagai saksi (selepas beberape kali terjerit kecik) kalau2 dia bump Swift tu sampai jatuh bumper..sib baik tak. Dan sib baik gak la dia berjaya kuar sebelum owner Swift tu kuar dr kedai. hahha betul2 like 10 seconds lepas dia berjaya lepaskan diri, owner Swift tu sampai keta. Manusia2.

Dah tau area tu susah dpt parking, bwk jugak keta panjang. Pastu dah tau keta ko tu panjang, pegi la parking kat upper level. bukannye takde parking. Nak gak parking mcm ko tu bawak keta kancil/kelisa/mini/(insert any compact car here). Dan2 Azhar ckp, nnt kalau kita kaya ada duit nak beli keta mahal, kita beli Mini Cooper je la..huhu Insya Allah bang..satu hari nnt.

Dah lepas tu kami ke McD. bawak Fatin main slide (@10pm). Tak mkn pon, lepas main terus blah..aku ni takde aura baik ngan McD situ..huhu



Posted at 02:56 pm by rina
2 commentos already!!  




Monday, March 15, 2010
Buggy baru..




Beli kat My Dear Warehouse Sale. Ringan 3.6 kg je. Muat simpan dlm boot ataupon letak kat seat depan/belakang. So far test semlm kat MIdvalley, 70% of the time, Fatin tak meragam dlm tu. Harap dgn menda ni dpt menyenangkan bwk dia jln lama sket n dia pon dpt tido. Investment utk ke USS bulan 11 nnt :P

Takde mood nak update panjang, sbb aku kena take over program org lain (again). *sigh*. Sgt tak suka. Why do you must pass it to me???

Posted at 06:33 pm by rina
5 commentos already!!  




Tuesday, February 23, 2010
End of February

Kejap je dah nak abis February. Aku menunggu dpt ke tak bonus end of this month. kalau tak, kena la lg tunggu if end of March pulak. Tak ingat what month tahun lepas dpt bonus..sikit je pon, but Alhamdulillah dr takde langsung :)

1st BBQ session berjln lancar. Thanks to all participants. Penat korang berkejar dr wedding, pastu pegi beli barang n prepare. Last2 kul 10+pm baru start bakar..huhu. takpe next time kita planning cantik2 punye.
Special thanks to my macho husband yg sampai merah2 tgn membakar ayam n kambing.
Sori takde gamba, sume pon muka selebet ngan bz buat keja.

We are thinking to buy a car..tgk la mcm mana outcome fuel subsidy ni..cannot say much.

Work wise, kurang bz sket (sbb tu leh update blog). Patutnye roll off mid March..tapi extend to another month. Extend takpe, tp jgn la bagi keja yg memeningkan kepala.

Am planning/budgeting for our Bukit Tinggi trip. Kira2 balik, tak payah amik agent dr sini. Just kena survey harga and carik/nego with 'travel' kat sana, lg murah. Nasib baik ada masa last week n this week utk surfing carik info.

Fatin dah pandai ikut rentak lagu kat PHDC and also few nursery rhymes yg selalu nyanyi dlm kereta. But she using her own language la..

Lastly..pelik kenape diorang kat ofis ni tak balik2 lg (my teammate). Selalu aku je yg tercongok jadi org last kuar dr ofis.



Posted at 09:21 pm by rina
3 commentos already!!  




Sunday, January 10, 2010
@1 year 4 months

Fatin dah pandai/boleh:

1-Berjalan.

2-Panggil mama/mami/meme/memi ,yayah/dayah, neney

3-Mintak barang/\food dgn ckp 'Nak nak'..

4-Geleng kepala kalau taknak ape2.

5-Imitate perlakuan org sekeliling..sikat rambut, pakai bedak, bawak kereta,

6-HEMBUS HINGUS SENDIRI!!! <--this is mmg kitorang terkejut ok..dia pandai tutup sebelah hidung dan hembus keluarkan hingus..

7-Gosok gigi main2

8-turun katil..hmm ini mmg bahaya kalau takde org tgk.

itu je yg ingat for now..fikiran tergangu dgn bau busuk poo fatin -.-!

 


Posted at 12:01 pm by rina
2 commentos already!!  

Reminder utk diri sendiri

Kena tulis supaya tak lupe bile ada baby 2nd (insya Allah bile sampai masanye nnt).

1-     Fatin masa kecik (1 month+ sampai 3-4 months) suka sedu lepas minum susu. Ubatnye..sumbat lg susu (susu badan ok..) supaya sedu tu cepat berenti.

 

2-     Takyah beli baby wipes byk2, sbb endup bile dia dah 3-4 months..cuci kat sinki je lg senang dgn ternyata bersih.

 

3-     Err sbb aku tak pandai/berani mandikan baby sendiri for the first few weeks tu..sila la invest kat tempat mandi baby yg advance sket..i.e.

a.       Safety 1st Deluxe Funtime Froggy Baby Bath Tub Center

b.      Fisher Price Aquarium Bath Center

 

4-     Invest on double pumping machine..save time in the long run & tak stress sbb takyah stayback lama sbb ganti pumping time masa keja. 1 session = 30 minutes..1 day at least 2 sessions.

 

5-     Ingat yg sekarang kos susu fatin sahaja dah rm200+ per month..in 10 months dah jadi 2k..so beli double pump masih berbaloi.

 

6-     Sila mkn epal 2 bijik setiap hari start selepas bersalin..dan mintak liquid paraffin utk melicinkan proses pertinjaan. (Doctor biasa akan kasi lactulose syrup je).

 

7-     Sila jgn malas bergerak masa dlm pantang..u need to move around to "encourage" your bowel movement.

 

8-     Jgn mengelat on urut, tungku n bengkung..ianye ternyata berkesan (utk diri sendiri)..

 

9-     Oh…bile tau je pregnant, sila start lumur olive oil/losyen ke seluruh badan, esp tang punggung, peha, breast dan perut..utk melembutkan kulit2 (nasihat kpd org yg mmg tak pakai losyen pada hari2 biasa).

 

10- Jgn lasak sgt bile dah masuk 7 months, u have a chance to deliver awal lg, spt kata doctor.

 

11- Try susukan baby sampai dia kenyang sebelum tido..kalau dia mamai2 masa minum, sila kejutkan..hopefully dgn kaedah ni, baby akan kurang bgn mlm.

 

12- Utk achieve perkara di atas..sila pump susu kat ofis 3 jam sebelum balik, so that, bile balik breast ada susu dan baby kenyang  bile minum. Jgn dah sampai umah mak baru nak pump..kesian fatin dlu dpt sisa2 je..jadinye mlm dia bgn merengek mintak susu lg sbb tak puas feeding sebelum tu.

 

13-Reminder utk diri sendiri sekarang…sila bawak balik bath tub dr rumah mak..sbb fatin dah mula banyak ragam masa mandi. Need to use another tactic utk tackle issue ni (which is suh dia main dlm bath tub).

 

14- Still tak tau mcm mana nak solve issue mkn dia..hopefully next one takde la memilih mcm minah kenit nih.

 

15- Pakai diapers size newborn selama yg boleh..

 

16- Bedung baby..jgn kesian bedung tak ketat..kadang2 sbb tak ketat tu la dia menangis, dia rasa insecure. Try bedung pakai kain batik sendiri kalau baby dok terjaga bile kita takde dekat2 dia.

 

17- Maybe bole try beli pam pigeon yg sedut ikut mulut tu…utk kuarkan hingus baby. So takyah la tunggu Azhar balik baru nak sedut POWER punye!

 

18-Sila beli thermometer yg jenis amik temperature kat kepala, yg cepat dpt tau bape temperature badan..mahal takpe..dr sakit hati menunggu suhu naik slow mcm siput.

 

19- Kubu bantal senang sgt di tembusi..sila alih baby ke cot or playpen.

 

20- Sila carik kelambu buaian utk digunakan kat rumah mak…

Itu sahaja utk kali ni..kalau ada ingat yg lain..akan di tambah kemudian hari.

 


Posted at 03:06 am by rina
2 commentos already!!  




Thursday, September 10, 2009
Kisah setahun yang lalu..part 2

entry ini sgt panjang...

MC SEMINGGU!

Sgt seronok..
1- sbb seminggu beb! MC.. bukan AL
2- sbb aku dah tak rasa sakit2 pon, sehat walafiat :P

Walaupon doctor pesan, rehat byk2 time MC tu..tp mana leh beb.. so aku endup mengemas rumah..cuci lantai n cuci dapur. tp takde la berat mana pon.. buat sikit, penat tido..pastu sambung balik slow2.

Lepas abis MC seminggu tu, on 2nd Sept..masuk keja balik la mcm biasa. Puasa pon ok..

On the 4th day puasa (4th Sept)..bgn sahur aku mcm agak letih sket. Sediakan sahur n makan2. Bile nak tido balik, after gi toilet..tibe2 ada darah menitik..aik..mana dtgnye plak. Lap ngan towel, ada darah kat towel..hahah panic la masing2. Trus Azhar ajak gi hospital.

Sampai emergency Ampang Putri, terus naik ke Labor room. Buat lg CTG mcm aritu. Contractions ada n kuat. Tp darahnye tak tau dtg dari mana. Sbb contractions tu ada, nurse seluk la, nak tgk bape cm dah bukak.. sekali baru 1 cm daaaa..tp sbb contractions kuat, so takleh la balik, duduk lg la ward for observation mcm aritu. Azhar pegi la keja..hehe

Berulang la proses yg sama until hari Fatin lahir (dr 4th to 10th Sept). Tapi kali ni Azhar ada..so masa berbuka, dia dtg la hospital, berbuka sekali ngan aku..kul 9.30mlm, dia balik la rumah. Kali ni dpt dah 1st class ward, so ujung minggu tu, Azhar teman aku kat ward :).

On 9th Sept, Dr Fauziah dtg check mcm biasa, dia kata dah bukak dlm 2cm, maybe esok pagi (10th Sept) dah leh start masuk labor room la kot. So Azhar decide amik cuti terus on 10th tu dan tido hospital ngan aku that nite..Aku pon dah prepare la mentally yg esoknye akan beranak..

Esoknye around 7am, nurse datang nak masukkan ubat berak (haha aku tak tau ape namanye, tp mmg ubat tu merangsang pemberakkan dgn jayanye, habis sume isi keluar). Mandi2 n siap tunggu Dr Fauziah. She came and check around 9am, still 2cm -_-!
Dan dia leh bagi soalan cepumas.."Awak nak induce bole awak nak balik pon bole.."
apekah!???
Aku takleh decide there n then, so doctor blah dlu, kitorang bincang..ada org kata induce tu sakit gile..byk yg kata baik biar baby tu decide bile nak kuar..tp sgt letih ok keluar masuk hospital ni, n membuatkan semua org risau. Jadinye keputusan muktamad di ambil, setelah memikirkan yg my preferred doctor was on duty, lepas tu sume org dah prepare, jadinye deliver je la hari tu jugak.

Around 11am pegi prep kat labor room. tuka baju, masuk drip, pasang ctg. Nurse2 dok tanye, nak amik epidural ke tak..aku kata taknak, tp aku tanye la ada tak ubat tahan sakit yg lain, they said boleh amik painkiller 2 kali n ada gas entonox widely known as laughing gas.

So processnye pon bermula, up to 2pm, contraction biasa2 je, still leh gelak2 tgk Bolos kat Astro Ria. Kul 2.15 camtu doctor dtg n cek, dah 3cm almost 4cm, she said, kita pecahkan air ketuban nak tgk baby berak ke tak, sbb aku dah contraction lama sgt sepanjang minggu tu, takut baby stress n terberak. Air ok, takde Meconium. tapi lepas je pecah air ketuban tu, sakit gile contraction.

Aku tahan dlm satu jam kot before mintak the 1st painkiller, diorang inject kat area peha-bontot. ada la lega sikit..tp masalah skang ni plak, rasa nak terkench..sbb aku dok minum air kurma sket2 dr kul 11 tu, pastu dah rasa nak kench dah. leceh betul nak ke toilet, ye la nak kena bukak ctg yg kat perut, pastu nak tolak drip masuk toilet sekali, sib baik la azhar ada..aku tak dpt bayangkan kalau azhar takde, camne aku handle sorang2 (more to emotionally la sbb sure nurse akan tolong kalau husband takde, but still, takdenye nurse nak teman sampai dlm toilet kan?).

Lepas setel hajat kecik (yg aku tak sure byk mana kencing byk mana air ketuban yg keluar..sbb rasa sama jek), sambung la atas katil. Contraction makin lama makin kuat, dr boleh gelak2 utk tahan sakit, pastu ckp 'tak sakit tak sakit' utk reverse psychology diri sendiri, sampai la satu tahap yg aku hanye mampu ckp..sakitnye bang..pastu nangis. Azhar (yg telah aku warn awal2 jgn mengeluarkan komen "ala tahan la, or sakit sket je tu"), just mampu ckp "iye..iye" sambil menepuk2 tgn aku.

Amik 2nd dose of painkiller..tak membantu sgt, sbb sakit nye dah kuat gile..
Rasanye around 4.30 camtu mintak gas entonox tu. Ya Allah, lega sgt bile dah dpt gas ni..walaupon tak hilangkan sakit 100%, tp rasa lega la tiap kali contraction.. and in between contraction, dpt la lelap seminit camtu before yg next contraction dtg.

Time tu dah kul 5 and azhar dlm tlg memegang topeng gas ke muka aku, dia leh sempat jenguk2 Spongebob kat tv gak..and suddenly aku rasa mcm nak meneran. 1st time aku tahan dlu, suruh azhar panggil nurse, bile nurse dtg tgk2 aku n pesan bagitau bile ada rasa nak meneran mcm nak berak, aku ckp la "tadi saya dah rasa nak terberak dah". Dia cek kat bawah, pastu dia ckp "Ehhh dah nampak rambut!".

Terus tutup tv and sume org kabut2..labor room tu kejap je dah transform jadi mcm mini surgery room, dgn lampu besarnye, dgn doctor pakai boot org pegi pasar, pakai apron. katil aku yg tadinye katil skang ni dah terbelah 2, half of the katil dah turunkan ke bawah, skang katil tu jadi mcm kerusi plak dah. Dr Fauziah was so surpirse yg aku dah fully dilated, dia agak dlm kul 8 mcm tu, dia dah siap2 beli food utk buka puasa time tu..hehe

Alhamdulillah aku just kena push 3 kali contraction, and there pops out Fatin. Pushing was easy for me this time (hopefully lepas2 ni pon sama la..). Rasa nak push tu sama je mcm rasa nak berak..kalau org yg selalu sembelit, dia tau la rasanye mcm mana..heheh. Lega gile bile fatin dah keluar, rasa sgt relief yg takleh digambarkan.

Nurse2 bersihkan Fatin dlu, Azhar Qamat kan, baru diorang passed her to me. Immideately offer her the the breast. Pandai sgt carik n hisap. Such a beautiful moment masa tu. I think after 10-15 mins kot..they took her away bawak gi nursery.
Tak lama pastu placenta pon kuar..another big relief, takut gile beb kalau melekat n jadi pendarahan. And another gumpalan darah pon keluar after doctor korek2..legaaa rasanye bile segala2 kuar..
Then doctor start jahit di bawah sinun..doctor bius the area n jahit ape yg patut.

Lepas tu rehat2 sekejap and terus bole balik bilik. Lega gile sumenye dah selamat. Thank you Allah.


Posted at 06:28 pm by rina
Say something!!  




Next Page



rina
October 11th 1983  (Age 32)
Female
Ampang


   





<< June 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

::Aidil::
::Aliza::
::Ayuni::
::Azhar 1::
::Azhar 2::
::Azwa::
::Baidzurah::
::Dana::
::Effi::
::Ella::
::Erni::
::Farah Dina::
::Farid::
::Fikri::
::Futra::
::Hainey::
::Hariza::
::Harni::
::Izma::
::Kmie::
::Mama::
::Mas Rizal::
::Mawar::
::Nadiah::
::Nik Faris::
::Pejai::
::Sayuti::
::Shawn::
::Shsuya::
::Siti Lina::
::Siti Sarah::
::Wan Amira::
::Yusnida::
::Zulhardy::

Clan
::Genting::

Foto
::Mine::

Few other links
::Hotmail - Sign In::
::Yahoo Mail::

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed